About Me

My photo
KULIM HI-TECH, KEDAH, Malaysia

Thursday, 10 September 2015

7.3.6 KOMPONAN UTAMA PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR



UNIVERSITI
-Setengah masyarakat melihat universiti sebagai tempat untukmelahirkan graduan yang akan memenuhi sektor tertentuseperti perindustrian, perkhidmatan, pembuatan, teknologi maklumat dan sebagainya.

-Universiti berperanan melahirkan graduan yang berketerampilan dari semua aspek rohani dan jasmani.
-Institusi pendidikan negara perlu memainkan peranan agar graduan yang dilahirkan nanti mampu berperanan sebagaiagen pembangunan negara dan memastikan tidak berlakunya lambakan atau pembaziran tenaga manusia. Antara langkahnya adalah :

*Mengadakan penyelidikan dengan pihak tertentu.
*Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.
*Menyediakan persekitaran yang menggalakkan R & D.
*Mewujudkan pelajar yang berfikiran global dan minda kelaspertama.
*Peningkatan dalam penglibatan kokurikulum.


INSTITUSI PENDIDIKAN
-Pelaksanaan di institusi pendidikan di klasifikasikan kepada dua iaitu peringkat sekolah dan peringkat universiti. Ia merupakan batu asas dalam mendidik generasi untuk menjadi insan cemerlang yang bermula dengan sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.

SEKOLAH
-Pada peringkat sekolah, pendidikan bermula dengan pendidikan sekolah rendah hingga ke peringkat menengah yang telah menjadi medan menimba ilmu untuk generasi muda. Guru di sekolah berperanan memberi mereka ilmu untuk dunia dan akhirat.
-Sekolah bukan sahaja memberikan ilmu yang lahiriah(fizikal) tetapi juga ilmu yang berbentuk kesejahteraan rohani.
-Sekolah tempat untuk membangunkan sahsiah pelajar yang seimbang dan kursus yang diajar perlu seimbang untuk dunia dan akhirat.
-Sekolah bertanggungjawab memberi pelajar pendidikan kokurikulum bagi melahirkan modal insan yang sihat dari segi jasmani dan rohani dan berperanan sebagai agen sosialisasi pelajar di mana pelajar dapat bergaul dengan rakan daripada pelbagai latar belakang dan keturunan.
-Kejayaan sekolah mensosialisasikan pelajar diharapkan akan berkesinambungan apabila mereka memasuki pusat pengajian tinggi.
-Sekolah perlu memikirkan langkah berkesan bagi mendidik pergaulan pelajar yang berbeza agama,bangsa dan budaya dalam susana yang harmoni danselesa.


BADAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN
-Pembangunan modal insan memerlukan sokongan daripada banyak pihak terutamanya badan kerajaan dan badan bukan kerajaan.
-Badan-badan kerajaan seperti Kementerian Belia &Sukan dan Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat bekerjasama ke arah pembangunan modal insan yang lebih cemerlang melalui penganjuran program pembangunan insan.
-Penganjuran program perlu diberikan lebih banyak informasi dan promosi agar seluruh belia dan generasi baharu berminat dengan program yang dianjurkan.
-Sokongan dan galakan dengan memberikan sijil penghargaan dan hadiah tertentu dapat menarik golongan belia untuk menyokong program pembangunan insan.


IBU BAPA
-Memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak dan peranan ibu bapa sangat mencabar pada hari ini jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lepas.
-Anak-anak mudah terpengaruh dengan anasir luar dan situasi ini berlaku di luar kawalan ibubapa mereka.
-Ibu bapa perlu bijak mewarnai dan mendidik jiwa dan perlakuan anak-anak mereka agar berada di landasan yang betul dan perlu mencari masa yang sesuai untuk bersama dengan anak-anak walaupun sibuk bekerja.
-Ibu bapa perlu mengetahui gerak-geri anak-anak mereka, masalah yang dihadapi, kehendak serta menasihatinya setiap masa.
-Ibu bapa perlu menyediakan landasan untuk anak mereka mendapatkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.






No comments:

Post a Comment