Thursday, 10 September 2015
7.3.2 KEPENTINGAN MODAL INSAN
* "Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya , kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia , mempunyai hemah yang tinggi , berjiwa besar , cintakan negara dan mereka mempunya kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat , bersedia bekerja dengan kuat , bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi."
* Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Oleh itu pembangunan modal insan akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh RMK-9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistic merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap , nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan , latihan pembelajaran sepanjang hayat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment