7.3.1 Definisi Modal Insan
Maksud "
modal" . Menurut kamus Dewan ialah sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu yang lain . Ia juga bermaksud kelebihan untuk yang memiliki. Pengertian lain ialah seuatu yang digunakan sebagai asas mengembangkan harta,
* Maksud "
Insan" ialah insan atau manusia yang dijelaskan sebagai makhluk yang diciptakan oleh Tuhan. Pembinaan Insan yang tepat dan betul akan membantu sesebuah negara melahirkan masyarakat yang dapat memastikan kejayaan masa depan negara tersebut.
* Definisi penuh
modal insan ialah modal yang digagaskan telah dihebahkan dan dibentang di peringkat institusi pengajian awam dan swasta untuk menjana suatu kerja yang dilihat sebagai aset penting dalam sesebuah negara. Disebabkan itu golongan mahasiswa mahasiswi berintelektual sasaran utama dalam menjayakan rencana pembangunan ini . Dengan itu golongan tersebut diletakkan sebagai golongan pelapis yang mewarisi tanpuk pemerintahan negara.
OBJEKTIF.
* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa.
* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara.
* Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajian, prasarana dan kemudahan serta menetapkan guru yang berpengalaman di sekolah luar bandar.
* Membangunkan universiti serta kolej yang bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan diperingkat tertiari memenuhi keperluan pasaran.
* Menyediakan peluang pekerjaan dan akses kepada pendidikan kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkt.
* Membangunkan masyarakat yang inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan dalam sains dan teknologi maklumat yang kukuh serta memiliki kemampuan memperolehi dan menggunakan pengetahuan.
* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai
FAKTOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN. * Kualiti tenaga kerja di Malaysia semakin merosot :
- disebabkan oleh krisis kewangan dan kegiatan ekonomi terpaksa bergantung kepada buruh yang tidak mahir.
- pasaran buruh menjadi "kendur" dengan kadar pengangguran sekitar 3.1% .
* Kemasukan tenaga kerja baru ke dalam pasaran buruh tidak menepati kemahiran yang diperlukan oleh industri:
- Berlaku kerana Malaysia kekurangan pekerja yang sangat ketara terutama dalam bidang-bidang professional dan teknikal menyebabkan ekonomi menjadi kaku.
* Pelabur mengeluh bahawa pekerja baru kekurangan kapasiti menganalisis dan menyelesaikan masalah:
- Pekerja baru kebanyakkannya kurang berpengalaman. Pelabur memerlukan modal yang besar jika mahu melatih pekerja baru dari asas kembali.
*Kelemahan penguasaan bahasa:
- Ramai graduan yang kurang menguasai bahasa antarabangsa.