About Me

My photo
KULIM HI-TECH, KEDAH, Malaysia

Sunday 6 September 2015

KESIMPULAN


* Pembangunan modal insan menurut perspektif Islam adalah pembangunan yang melihat insan sebagai watak terpenting dalam sesebuah bangunan. Pembangunan insan ini pula dibangunkan dalam diri dan di luar diri manusia ia bergerak seiring dengan pembangunan dan tidak boleh diasingkan dalam rangka kerja yang lain. Ini kerana pembangunan Islam ialah pembangunan yang bersepadu dan menyeluruh meliputi rohani dan jasmani serta dunia dan akhirat. Tiada istilah insan selaku modal yang memberi keuntungan material kerana material hanya satu bahagian dari matlamat yang ingin dicapat. Pembangunan modal insan yang dilaksanakan adalah untuk penyempurnaan kesejahteraan manusia dalam semua aspek .

* Modal insan adalah teras kepada pembangunan negara. Pembangunan aspek modal insan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadi cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020 . Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang besar untuk dirinya sendiri , masyarakat dan negara. Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan adalah usaha murni yang hanya akan dikecapi dalam jangka masa panjang. Ia selari dengan perkembangan dunia yang menyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing- masing.

* Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Individu yang berpendidikan lebih berjaya di tempat kerja dan kurang memerlukan bantuan. Keluarga yang berpendidikan juga akan membantu memperkukuhkan modal insan setiap individu yang ada di dalamnya. Modal insan yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk "minda kelas pertama". Sepanjang tempoh RMK-9, kerajaan akan terus giat membangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

No comments: