About Me

My photo
KULIM HI-TECH, KEDAH, Malaysia

Thursday 10 September 2015

Bab 7.2.1 Jenis jenis Pencemaran



PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
Pada era teknologi moden ini, manusia semakin meningkat maju sama ada dari segi pembangunan serta teknologi maklumat. Pembangunan merupakan lambang atau simbol kemajuan sesebuah negara.Namun begitu,masih ramai yang tidak menyedari bahawa alam sekitar telah menjadi mangsa akibat kerakusan manusia yang terlalu mengejar kemajuan.

Alam sekitar amat penting bagi penduduk dunia. Hal ini demikian kerana alam sekitar merupakan tempat tinggal hidupan iaitu manusia dan juga haiwan. Manusia dan haiwan saling berkait rapat dalam menentukan keseimbangan alam sekitar.Sebelum manusia mencapai kemajuan dalam perindustrian dalam teknologi moden alam sekitar amatlah terpelihara. Namun,apabila berkembangnya pembangunan terutamanya sektor perindustrian, kesan perubahan dapat dirasai dan dilihat oleh semua pihak. Hal ini dapat dilihat pada bencana alam yang berlaku di seluruh dunia seperti banjir kilat,tanah runtuh,gempa bumi. Tidak lupa juga pemanasan global dan paras air laut yang semakin meningkat akibat pencairan ais kutub.

JENIS-JENIS PENCEMARAN

Pencemaran Air


Punca-punca:

·     Pembuangan sampah yang tidak teratur
·     Najis
·     Sisa perkilangan
·     Tumpahan minyak


Kesan:
·   Bekalan sumber air bersih terjejas
·   Penyakit bawaan air yang tercemar seperti hepatitis, cryptos poridium,cirit birit,cacing dan sebagainya.




Pencemaran Udara




Punca-punca:
  • Asap kenderaan
  • Bahan pencemar dari kilang
  •  Pembakaran terbuka
  •  Pembakaran hutan
  •  Penyemburan racun perosak
Kesan:

    
Penipisan lapisan ozon

  • akan menyebabkan pendedahan terus matahari kepada manusia dan boleh menyebabkan kanser kulit.
  • menyebabkan pancaran matahari menjadi lebih kuat dan boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais di Kutub Utara.
Hujan asid
  • berlaku apabila wujudnya penggabungan gas kimia berbahaya.
  • menyebabkan hakisan pada bangunan,tanah berasid dan sebagainya.
Pencemaran Bunyi

Punca-punca:
  •  Berlaku disebabkan oleh sektor pembangunan dan penambahan kenderaan bermotor.
  •  kebanyakannya berlaku di kawasan perindustrian,tapak pembinaan dan kawasan bandar.
  •  contohnya bunyi kapal terbang, bunyi hon kenderaan, jentera di tapak pembinaan, bunyi kereta api
Kesan:
  • menganggu ketenteraman awam.
  •  menjejaskan deria pendengaran.
  •  menyebabkan hidupan lain seperti haiwan mengalami tekanan seperti bunyi berfrekuensi tinggi.
Pencemaran Darat/Tanah


Punca-punca:
  • berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga menyebabkan berlakunya pertukaran warna,hakisan dan kesuburan tanah.
  •  bahan buangan terbahagi kepada dua iaitu:
*cecair
*pepejal

  •  bahan berbentuk cecair kimia seperti sisa toksik,cecair bateri dan racun rumpai.
  •  bahan buangan pepejal seperti sampah sarap dan bahan elektronik.


Kesan:
  •  tanah berasid
  •  menjejaskan kesihatan manusia

No comments:

Post a Comment