About Me

My photo
KULIM HI-TECH, KEDAH, Malaysia

Thursday 10 September 2015

PENGENALAN KAMI SESI TA'RUF & VIDEO

ASSALAMUALAIKUM WBT..selamat pagi petang dan malam..okey sekarang dengan segala hormatnya memperkenalkan kumpulan saya dan ahli kumpulan saya mendapat tugasan amanah dari lecture kami yang comel molek lagi ayu iaitu lecture PENGAJIAN MALAYSIA kami USTAZAH LATIFAH untuk membuat blog Pengajian Malaysia..tajuk yang diamanah kan ialah Isu-isu Keprihatinan Negara..dalam erti kata lain berblog demi assignment ^_^ dan inilah hasil karya titik peluh kami..Alhamdulillah dah selesai walaupun kurang cantik sebab kami bertiga x pandai dalam bab-bab berblog ni..sekiann..hahahahaha




PENGENALAN AHLI KUMPULAN

                                          (buat budget comel PLUS hipster  -_-.....)
dari kiri
MUHAMMAD ASRI BIN MD RADZI
16DEM15F1045

tengah
MUHAMAD ZULHILMI BIN MULYADI
16DEM15F1047

kanan
WAN MUHAMMAD HARITH BIN WAN ABDUL HALIM
16DEM15F1077

VIDEO
(part 1: pencemaran alam sekitar)



(part 2: modal insan)


Bab 7.2.1 Jenis jenis Pencemaran



PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
Pada era teknologi moden ini, manusia semakin meningkat maju sama ada dari segi pembangunan serta teknologi maklumat. Pembangunan merupakan lambang atau simbol kemajuan sesebuah negara.Namun begitu,masih ramai yang tidak menyedari bahawa alam sekitar telah menjadi mangsa akibat kerakusan manusia yang terlalu mengejar kemajuan.

Alam sekitar amat penting bagi penduduk dunia. Hal ini demikian kerana alam sekitar merupakan tempat tinggal hidupan iaitu manusia dan juga haiwan. Manusia dan haiwan saling berkait rapat dalam menentukan keseimbangan alam sekitar.Sebelum manusia mencapai kemajuan dalam perindustrian dalam teknologi moden alam sekitar amatlah terpelihara. Namun,apabila berkembangnya pembangunan terutamanya sektor perindustrian, kesan perubahan dapat dirasai dan dilihat oleh semua pihak. Hal ini dapat dilihat pada bencana alam yang berlaku di seluruh dunia seperti banjir kilat,tanah runtuh,gempa bumi. Tidak lupa juga pemanasan global dan paras air laut yang semakin meningkat akibat pencairan ais kutub.

JENIS-JENIS PENCEMARAN

Pencemaran Air


Punca-punca:

·     Pembuangan sampah yang tidak teratur
·     Najis
·     Sisa perkilangan
·     Tumpahan minyak


Kesan:
·   Bekalan sumber air bersih terjejas
·   Penyakit bawaan air yang tercemar seperti hepatitis, cryptos poridium,cirit birit,cacing dan sebagainya.




Pencemaran Udara




Punca-punca:
  • Asap kenderaan
  • Bahan pencemar dari kilang
  •  Pembakaran terbuka
  •  Pembakaran hutan
  •  Penyemburan racun perosak
Kesan:

    
Penipisan lapisan ozon

  • akan menyebabkan pendedahan terus matahari kepada manusia dan boleh menyebabkan kanser kulit.
  • menyebabkan pancaran matahari menjadi lebih kuat dan boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais di Kutub Utara.
Hujan asid
  • berlaku apabila wujudnya penggabungan gas kimia berbahaya.
  • menyebabkan hakisan pada bangunan,tanah berasid dan sebagainya.
Pencemaran Bunyi

Punca-punca:
  •  Berlaku disebabkan oleh sektor pembangunan dan penambahan kenderaan bermotor.
  •  kebanyakannya berlaku di kawasan perindustrian,tapak pembinaan dan kawasan bandar.
  •  contohnya bunyi kapal terbang, bunyi hon kenderaan, jentera di tapak pembinaan, bunyi kereta api
Kesan:
  • menganggu ketenteraman awam.
  •  menjejaskan deria pendengaran.
  •  menyebabkan hidupan lain seperti haiwan mengalami tekanan seperti bunyi berfrekuensi tinggi.
Pencemaran Darat/Tanah


Punca-punca:
  • berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga menyebabkan berlakunya pertukaran warna,hakisan dan kesuburan tanah.
  •  bahan buangan terbahagi kepada dua iaitu:
*cecair
*pepejal

  •  bahan berbentuk cecair kimia seperti sisa toksik,cecair bateri dan racun rumpai.
  •  bahan buangan pepejal seperti sampah sarap dan bahan elektronik.


Kesan:
  •  tanah berasid
  •  menjejaskan kesihatan manusia

7.2.2 Langkah-langkah Pemuliharaan Alam Sekitar


Beberapa badan telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia :




· Jabatan  Alam Sekitar (JAS) m'ningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
· Dasar Alam Sekitar m'jadikan Negara Malaysia sbg Negara yg bersih, selamat dan sihat.
· Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 melaksanakan penilaian kesan alam sekiar, penilaian awal tapak projek, kawalan p'cemaran, pemantauan & p'guatkuasaan

7.3 PEMBANGUNAN INSAN

7.3.1 Definisi Modal Insan
  


Maksud "modal" . Menurut kamus Dewan ialah sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu yang lain . Ia juga bermaksud kelebihan untuk yang memiliki. Pengertian lain ialah seuatu yang digunakan sebagai asas mengembangkan harta,

* Maksud "Insan" ialah insan atau manusia yang dijelaskan sebagai makhluk yang diciptakan oleh Tuhan. Pembinaan Insan yang tepat dan betul akan membantu sesebuah negara melahirkan masyarakat yang dapat memastikan kejayaan masa depan negara tersebut.

* Definisi penuh modal insan ialah modal yang digagaskan telah dihebahkan dan dibentang di peringkat institusi pengajian awam dan swasta untuk menjana suatu kerja yang dilihat sebagai aset penting dalam sesebuah negara. Disebabkan itu golongan mahasiswa mahasiswi berintelektual sasaran utama dalam menjayakan rencana pembangunan ini . Dengan itu golongan tersebut diletakkan sebagai golongan pelapis yang mewarisi tanpuk pemerintahan negara.

OBJEKTIF.

* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa.

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara.

* Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajian, prasarana dan kemudahan serta menetapkan guru yang berpengalaman di sekolah luar bandar.

* Membangunkan universiti serta kolej yang bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan diperingkat tertiari memenuhi keperluan pasaran.

* Menyediakan peluang pekerjaan dan akses kepada pendidikan kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkt.

* Membangunkan masyarakat yang inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan dalam sains dan teknologi maklumat yang kukuh serta memiliki kemampuan memperolehi dan menggunakan pengetahuan.

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai







FAKTOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN.
* Kualiti tenaga kerja di Malaysia semakin merosot :
  • disebabkan oleh krisis kewangan dan kegiatan ekonomi terpaksa bergantung kepada buruh yang tidak mahir.
  •  pasaran buruh menjadi "kendur" dengan kadar pengangguran sekitar 3.1% . 


* Kemasukan tenaga kerja baru ke dalam pasaran buruh tidak menepati kemahiran yang diperlukan oleh industri:
  • Berlaku kerana Malaysia kekurangan pekerja yang sangat ketara terutama dalam bidang-bidang professional dan teknikal menyebabkan ekonomi menjadi kaku.


* Pelabur mengeluh bahawa pekerja baru kekurangan kapasiti menganalisis dan menyelesaikan masalah:
  •  Pekerja baru kebanyakkannya kurang berpengalaman. Pelabur memerlukan modal yang besar jika mahu melatih pekerja baru dari asas kembali. 


*Kelemahan penguasaan bahasa:

  •  Ramai graduan yang kurang menguasai bahasa antarabangsa.

7.3.2 KEPENTINGAN MODAL INSAN



* "Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya , kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia , mempunyai hemah yang tinggi , berjiwa besar , cintakan negara dan mereka mempunya kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat , bersedia bekerja dengan kuat , bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi."


* Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Oleh itu pembangunan modal insan akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh RMK-9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistic merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap , nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan , latihan pembelajaran sepanjang hayat.

7.3.3 TERAS PEMBANGUNAN MODAL INSAN



  •  bertujuan pembaikan dalam sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya menampakkan hasil   yang berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa.
  • memperkasakan sekolah kebangsaan.
  • membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif.
  • memperkukuhkan perpaduan nasional

7.3.4 TINDAKAN-TINDAKAN PEMBANGUNAN MODAL



Kerajaan menubuhkan:


PERKHIDMATAN

· Institut Integriti Nasional

· Pasukan Petugas Pemudah Cara Kerajaan (PEMUDAH)


PENDIDIKAN

· Pelan Induk Pembangunan Pelajaran.

· Pelan Strategik Pengajian Tinggi.


EKONOMI
· Iskandar Malaysia

· Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

· Wilayah Ekonomi Koridor Timur

· Program Tranformasi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC).


SAINS & TEKNOLOGI
· Knowledge Workers Development Institute

· Human Capital Development(HCD)


SOSIAL
· Program Latihan Khidmat Negara

· Program Memperkasa Tenaga Muda

· Program Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR)

· Politik

· Melahirkan barisan pemimpin yg b'keterampilan

· Kerohanian

· Konsep Islam Hadhari